Fawzan Aziz • Sahabat Takaful Anda

Ketenangan kewangan yang realistik
disesuaikan mengikut profil anda.

Membantu anda menentukan nilai perlindungan yang ideal, mengelakkan pembaziran caruman sambil memastikan masa depan anda sentiasa terjamin.

✓ Patuh Syariah✓ Proses Digital✓ Sokongan Tuntutan
Perunding Takaful
Sahabat Takaful Anda Fawzan Aziz

Bantu Anda Pilih Pelan Takaful Yang Tepat, Munasabah & Mengikut Keperluan

Fawzan Aziz Sahabat Takaful Anda
300+Keluarga Dilindungi
RM10J+Jumlah Perlindungan
5★Penilaian Pelanggan
30 Saat Untuk Mula

Penilaian Risiko Kewangan Keluarga

Jawab soalan ringkas ini untuk mengetahui fokus perlindungan yang paling utama untuk anda.

Antara Rangkaian Hospital Panel Utama

KPJ Healthcare Pantai Hospital Gleneagles Columbia Asia Sunway Medical Centre Prince Court Avisena MSU Medical Centre Parkcity Medical Center Subang Jaya Medical Centre UKM Specialist Centre UM Specialist Centre UITM Private Specialist Centre Institut Jantung Negara
Mengapa Perancangan Awal Penting?

Lindungi Masa Depan Anda Sebelum Risiko Bertukar Menjadi Bebanan Kewangan.

Takaful bukannya sekadar instrumen perlindungan, tetapi satu teras strategi kewangan yang memastikan kelangsungan hidup anda dan keluarga kekal terjamin apabila diuji dengan lonjakan kos rawatan atau kehilangan sumber pendapatan.

🏥

Kadar Caruman Jauh Lebih Rendah & Mampu Milik

Kos caruman Takaful dikira mengikut tahap umur dan risiko kesihatan semasa memohon. Semakin muda dan sihat anda semasa mengambil pelan, semakin murah caruman bulanan yang perlu dibayar. Mengambil pelan lebih awal membolehkan anda mengunci kadar caruman yang jauh lebih mesra bajet untuk jangka masa panjang.

📉

Syarat Kelayakan Paling Optimum (Semasa Masih Sihat)

Permohonan Takaful memerlukan proses kelulusan (underwriting). Apabila permohonan dibuat semasa tubuh badan masih bebas daripada sejarah penyakit (pre-existing conditions), anda akan mendapat perlindungan penuh tanpa sebarang pengecualian, caj tambahan (loading), atau penolakan permohonan.

👨‍👩‍👧‍👦

Perlindungan Terus Tersedia Sebelum Musibah Berlaku

Kebanyakan pelan Takaful mempunyai tempoh matang / tempoh menunggu (waiting period) sebelum manfaat seperti Kad Perubatan atau pampasan penyakit kritikal boleh dituntut sepenuhnya. Merancang dari awal memastikan anda sudah pun dilindungi sepenuhnya apabila krisis kesihatan atau kecemasan berlaku tanpa diduga.

Pilihan Utama

Tentukan Keutamaan Perlindungan Anda

Gunakan pilihan di bawah sebagai panduan asas. Skop manfaat, syarat kelayakan, serta kadar caruman akan disesuaikan mengikut profil risiko dan penetapan pelan yang dipilih.

🛡️

Hibah Takaful & Kelangsungan Kewangan

Menyediakan dana tunai segera bagi memastikan kelangsungan hidup waris serta menyelesaikan baki komitmen pinjaman.

  • Agihan Tunai Terus: Saluran pampasan terus kepada penama tanpa melalui proses pentadbiran pusaka yang rumit
  • Perlindungan Liabiliti: Menyelesaikan baki pinjaman hartanah dan kenderaan agar tidak menjadi bebanan keluarga
  • Penyelesaian Patuh Syariah: Instrumen penamaan yang telus, sah, dan mengikut prinsip perundangan Islam
Anggaran dari RM100/bulan* Kira →
☂️

Perlindungan Penyakit Kritikal & Perisai Pendapatan

Suntikan dana tunai secara pukal bagi menggantikan pendapatan dan menampung kelangsungan hidup sekiranya disahkan mengalami penyakit kronik.

  • Gantian Pendapatan Jangka Sederhana: Dana pampasan setara 24 hingga 36 bulan pendapatan bagi mengekalkan kestabilan kewangan
  • Kebebasan Penggunaan Dana: Tunai fleksibel untuk kos rawatan alternatif, suplemen, atau pemulihan khas
  • Kelangsungan Sara Hidup: Memastikan perbelanjaan harian keluarga tidak terjejas sepanjang tempoh pemulihan
Anggaran dari RM80/bulan* Kira →
❤️

Hibah Amanah & Pengurusan Dana Waris

Pengurusan pampasan Takaful secara berstruktur melalui syarikat pemegang amanah (Trustee) bagi menjamin kebajikan dan masa depan anak bawah umur serta waris berkeperluan khas.

  • Pengagihan Berperingkat (Structured Payout): Dana tidak disalurkan secara sekaligus, sebaliknya diuruskan secara elaun bulanan atau berkala mengikut keperluan anak
  • Perlindungan Aset Anak Bawah Umur: Mengelakkan isu pampasan disekat oleh mahkamah atau disalah guna oleh pihak ketiga sebelum anak mencapai umur matang (21 tahun)
  • Jaminan Kebajikan Waris Khas: Memastikan kos penjagaan, perubatan, dan kelangsungan hidup anak kurang upaya (OKU) terjamin secara berterusan sepanjang hayat mereka
Anggaran dari RM100/bulan* Kira →
Kalkulator Perlindungan

Simulasi Caruman & Anggaran Keperluan Takaful

Gunakan kalkulator interaktif ini untuk menganggar jurang perlindungan serta bajet bulanan ideal anda sebelum mendapatkan quotation rasmi.

Anggaran Caruman Bulanan

Anggaran Caruman Bulanan
RM150

Anggaran ilustrasi untuk Hibah RM500,000.

Nota: Anggaran ini adalah untuk rujukan awal. Caruman sebenar bergantung kepada faktor kesihatan, pekerjaan, dan underwriting rasmi.
Minta Quotation Rasmi →

Kalkulator Keperluan Perlindungan

Isi anggaran angka di bawah untuk melihat nilai liputan ideal anda.

*Disyorkan 3 hingga 5 tahun untuk tempoh pemulihan/sara hidup.
*Pinjaman rumah, kereta, peribadi, dan kad kredit.
*Simpanan bank, ASB, atau simpanan yang mudah dicairkan.*
Anggaran Indikatif Perlindungan Ideal
RM680,000
Gantian Pendapatan RM360,000
Jumlah Liabiliti RM400,000
Penolakan Aset Cair − RM80,000
Cadangan Semakan RM700,000
Nota Analisis: Pengiraan ini adalah anggaran rujukan asas bagi membantu anda melihat ruang litupan yang seimbang. Nilai ini tidak mengambil kira skim KWSP, insurans syarikat, atau harta pusaka sedia ada.
Bincangkan Hasil Pengiraan Ini →
Maklum Balas Pelanggan

Kepercayaan Berasas Pengalaman Sebenar

Komitmen perkhidmatan yang telus, pantas, dan sentiasa mengutamakan kebajikan klien.

★★★★★

Respon Pantas & Proaktif Mencari Solusi

“Perkara paling saya hargai mengenai Fawzan ialah kecekapan beliau. Apabila timbul sebarang kekangan atau kesulitan urusan, beliau tidak pernah melengah-lengahkan masa. Fawzan sentiasa tenang, berorientasikan penyelesaian (problem solver), dan cepat mengemukakan alternatif terbaik demi memelihara hak saya sebagai klien.”

Dr. AizuddinPensyarah Kanan, Johor Bharu, Johor
★★★★★

Pengendalian Profesional & Dedikasi Luar Biasa

“Sikap sabar dan profesionalisme Fawzan sangat luar biasa, terutamanya sewaktu mengendalikan situasi krisis atau pertikaian jawapan. Beliau bukan sekadar ejen, malah sanggup memberi komitmen ekstra di luar skop tugasan rasmi semata-mata untuk memastikan isu perubatan keluarga saya diselesaikan dengan tuntas.”

Adib FurqanKakitangan Kerajaan, Putrajaya, WP Putrajaya
★★★★★

Kemahiran Mendengar & Memahami Masalah

“Fawzan seorang pendengar yang sangat baik. Beliau mengambil masa untuk benar-benar memahami situasi kewangan, kebimbangan, dan keperluan saya sebelum mencadangkan sebarang strategi. Pendekatan beliau yang berhemah dan berstruktur membuatkan saya rasa sangat selamat dan dihormati.”

M. ZakuanEjen Hartanah, Sg. Siput, Perak
Fawzan Aziz Sahabat Takaful Anda
FAWZAN AZIZ
SAHABAT TAKAFUL ANDA
Sahabat Perancangan Takaful Anda

Hai, saya Fawzan Aziz.

Saya merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (pengkhususan Material Engineering).

Perjalanan kerjaya saya bermula sebagai R&D Engineer di sebuah syarikat automotif nasional, di mana saya berpeluang terlibat secara langsung dalam proses pembangunan empat model kenderaan.

Dunia kejuruteraan banyak mengajar saya tentang ketelitian, penyelesaian masalah, dan yang paling penting — memahami bahawa setiap keputusan yang dibuat hari ini boleh memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya ketika itu bahawa suatu hari nanti saya akan meninggalkan bidang kejuruteraan untuk menceburi dunia takaful.”

Saya pada asalnya menyertai industri ini sekadar untuk mencari sedikit ruang daripada rutin dan kelesuan bekerja. Takaful ketika itu hanyalah satu distraction — sesuatu yang saya lakukan di luar kerjaya utama.

Namun, tanpa saya sedari, semakin ramai yang mempercayai saya untuk membantu mereka mengurus perlindungan kewangan keluarga. Apabila jumlah klien semakin bertambah, saya mula berdepan dengan satu persoalan yang lebih besar:

Sanggupkah saya meninggalkan mereka begitu sahaja?

Akhirnya, keputusan untuk menjadi ejen takaful sepenuh masa bukanlah sesuatu yang dirancang sejak awal. Ia terbentuk daripada kepercayaan yang diberikan oleh klien-klien saya.

Dalam masa yang sama, perubahan kerjaya ini turut memberi saya ruang untuk memberikan perhatian yang lebih kepada keluarga, khususnya dalam menyantuni keperluan anak istimewa yang memerlukan komitmen dan masa untuk sesi intervensi.

Lebih dari 10 tahun dalam industri takaful sebagai ejen sepenuh masa

Sepanjang perjalanan ini, antara perkara yang paling saya hargai bukanlah sekadar angka atau pencapaian, tetapi peluang untuk berada di sisi seseorang ketika mereka melalui musibah kesihatan, kehilangan pendapatan, kehilangan orang tersayang atau perubahan besar dalam fasa kehidupan.

“Ada ketika, apa yang saya bantu hanyalah satu polisi. Tetapi apabila musibah benar-benar berlaku, saya sedar bahawa yang sebenarnya sedang saya bantu adalah sebuah keluarga untuk terus berdiri apabila kehidupan mereka sedang diuji.”

Dan untuk itu, saya rasa cukup honoured.

Saya tidak menganggap diri saya sebagai seseorang yang mampu menjanjikan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi saya percaya kita boleh membuat persediaan yang lebih baik untuk sesuatu yang kita harap tidak akan berlaku.

Itulah sebabnya saya masih di sini.

Dan selagi saya masih diberi peluang, saya akan terus berbangga dengan kerjaya ini — jika apa yang saya lakukan mampu membantu lebih ramai orang di sekeliling saya dan, mungkin, seseorang yang saya sendiri tidak pernah kenali.

📞
WhatsApp / Telefon 012-232 9342
✉️
E-mel Rasmi fawzan@fawzanaziz.com
📍
Alamat Pejabat / Premis Perkhidmatan B-3-10, Da Men Komersil, Persiaran Kewajipan, USJ1, 47600 Subang Jaya, Selangor
Soalan Lazim

Jawapan Pantas & Realistik

Memahami keperluan perlindungan kewangan anda tanpa kekeliruan istilah teknikal.

Saya dah ada Kad Perubatan syarikat. Adakah saya masih perlukan pelan sendiri?

Sangat disyorkan. Kad perubatan majikan bersifat sementara dan terbatal secara automatik apabila anda bersara, bertukar kerjaya, atau diberhentikan. Jika anda hilang keupayaan bekerja atas faktor kesihatan, anda tidak lagi layak memohon kad perubatan peribadi baru. Memiliki pelan sendiri mengunci kelayakan anda sejak masih sihat.

Apa beza Kad Perubatan dengan Pampasan Penyakit Kritikal?

Kad Perubatan membayar bil wad dan pembedahan secara terus kepada hospital swasta (cashless). Pampasan Penyakit Kritikal pula memberi anda tunai pukal (lump sum) terus ke akaun bank untuk menggantikan pendapatan yang terhenti dan menampung sara hidup keluarga sepanjang tempoh pemulihan jangka panjang.

Saya belum berkahwin dan tiada hutang besar. Adakah saya perlu Hibah Takaful?

Ya. Hibah Takaful membolehkan anda menyediakan dana tunai segera khusus untuk ibu bapa anda. Tanpa perancangan, simpanan bank anda akan dibekukan untuk proses pentadbiran pusaka. Tunai Hibah disalurkan terus kepada penama tanpa sebarang sekatan untuk menampung sara hidup ibu bapa di usia tua.

Adakah wang Hibah selamat jika ditinggalkan kepada anak bawah umur atau OKU?

Melalui struktur Hibah Amanah (Trustee), pampasan Takaful ditadbir secara profesional oleh syarikat pemegang amanah bertauliah. Dana disalurkan secara elaun bulanan berperingkat bagi mengelakkan risiko manipulasi pihak ketiga serta memastikan kos persekolahan dan penjagaan anak berkeperluan khas terjamin sepanjang hayat.

Mengapa caruman Takaful menjadi lebih mahal jika ditangguh?

Caruman dikira berasaskan umur dan tahap risiko kesihatan. Semakin berusia, kadar caruman asas semakin meningkat. Menangguh permohonan juga berisiko pampasan disekat atau dikenakan caj tambahan (loading) sekiranya anda mula menghidap penyakit kronik sebelum mengambil pelan.

Adakah perlindungan Takaful bermula serta-merta selepas memohon?

Perlindungan kemalangan bermula hari pertama kelulusan. Manakala penyakit biasa mempunyai tempoh menunggu 30 hari, dan penyakit spesifik/kronik memerlukan tempoh matang 120 hari sebelum tuntutan penuh boleh dibuat. Sebab itu Takaful wajib diambil sebelum simptom penyakit bermula.

Apa jadi pada caruman jika saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan?

Caruman berasaskan konsep Tabarru' (saling membantu). Walau bagaimanapun, pelan Takaful moden dilengkapi elemen Nilai Tunai (Cash Value) serta agihan lebihan underwriting (surplus) yang akan dikreditkan semula sebagai nilai simpanan anda.

Rancang Perlindungan Kewangan Keluarga Secara Berstruktur Hari Ini.

Dapatkan sesi konsultasi percuma dan draf sebutharga komprehensif yang disesuaikan khas mengikut profil serta keutamaan kewangan anda.

WhatsApp Sekarang →
💬